Kita sebenarnya...
6:39 PM Edit This 1 Comment »
Lebih gembira menyambut 1 Jan daripada 1 Muharram
Lebih tahu apa itu 14 Feb daripada 12 Rabiulawal
Lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan
Lebih suka lepak, tidur dan rehat daripada beribadat
Lebih tahu tentang artis pujaan daripada perihal Nabi Muhammad SAW
Lebih suka menyebut hello dan hai daripada Assalamualaikum
Lebih suka menyanyi daripada berwirid
Lebih suka memuja manusia daripada memuja Tuhan
Lebih suka membaca majalah hit daripada buku-buku agama
Lebih suka konsert daripada ceramah
Lebih cintakan urusan dunia daripada akhirat
Tetapi apabila seseorang bertanya ke manakah kita selepas ini
Kita pantas menjawab
Kita lebih suka pergi ke syurga daripada neraka


1 pengkritik hebat:
insya-Allah....
marilah kita bersama2 menegakkan ajaran islam dan juga menaikkan nama islam di mata dunia...
Post a Comment